Keutamaan Lelaki diatas Wanita dan Ciri-Ciri Wanita Solehah
Allah berfirman didalam Al-Quran:
الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاء بِمَا فَضَّلَ اللّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى
بَعْضٍ وَبِمَا أَنفَقُواْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ
حَافِظَاتٌ لِّلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللّهُ
"Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka)" (An-Nisa 4:34)
Firman Allah "Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita", Ibnu Kathir menafsirkan dengan berkata:
الرجل قَيّم على المرأة، أي هو رئيسها وكبيرها والحاكم عليها ومؤدبها إذا اعوجَّت
maksudnya: "Lelaki adalah yang bertanggungjawab keatas para wanita, iaitu yang menjadi pemimpin kepadanya, ketua kepadanya dan hakim keatasnya dan pendidik ketika mereka tersalah"
Firman Allah "oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita)", Ibnu Kathir menafsirkan dengan berkata:
لأن الرجال أفضل من النساء، والرجل خير من المرأة؛ ولهذَا كانت النبوة مختصة بالرجال وكذلك المُلْك الأعظم
maksudnya: "Kerana para lelaki itu lebih utama dari para wanita, dan lebih baik dari mereka. Dan oleh kerana itu juga, kenabian hanya dikhususkan kepada para lelaki, begitu juga tugas memimpin negara"
Berdasarkan sabda nabi shallallahu 'alaihi wa sallam:
لن يُفلِح قومٌ وَلَّوا أمْرَهُم امرأة
maksudnya: "Tidak akan pernah beruntung suatu kaum yang mengangkat wanita (sebagai pemimpin) dalam urusan mereka" (Hadis Riwayat Al-Bukhari no. 4425, dari jalan Hasan Al-Basri dari jalan Abu Bakrah)
Ibnu Kathir menyambung lagi dengan berkata:
وكذا منصب القضاء وغير ذلك
maksudnya: "Dan demikian juga dengan jabatan kehakiman dan lain-lain"
Firman Allah "dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka", Ibnu Kathir menafsirkan dengan berkata:
من المهور والنفقات والكلف التي أوجبها الله عليهم لهنَّ في كتابه وسنة نبيه صلى الله عليه وسلم، فالرجل أفضل من المرأة في نفسه، وله الفضل عليها والإفضال، فناسب أن يكون قَيّما عليها
maksudnya: "Iaitu daripada mahar, nafkah, dan pelbagai tanggungjawab yang diwajibkan oleh Allah kepada mereka didalam Kitabullah dan Sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam. Maka lelaki lebih utama dari wanita dalam hal kekuatan jiwanya. Dan mereka (lelaki) memiliki keutamaan dan kelebihan yang lain, sehingga tepat untuk mereka dipertanggungjawabkan ketas wanita"
Sebagaimana Firman Allah ta'ala:
وَلِلرِّجَالِ عَلَيْهِنَّ دَرَجَةٌ
maksudnya: "Akan tetapi para suami mempunyai satu tingkatan kelebihan dari isterinya" (Al-Baqarah 2:228)
Ciri-Ciri Wanita Solehah
Firman Allah "Sebab itu maka wanita yang saleh", Ibnu Kathir menafsirkan dengan berkata:
من النساء
maksudnya: "Dari kalangan wanita"
Firman Allah "ialah yang taat", Ibnu Kathir menafsirkan dengan berkata:
قال ابن عباس وغير واحد: يعني مطيعات لأزواجهن
maksudnya: "Berkata Ibnu 'Abbas dan selainnya: bahawa maksudnya adalah wanita-wanita yang ta'at kepada suaminya"
Firman Allah "lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada", Ibnu Kathir menafsirkan dengan berkata:
قال السدي وغيره: أي تحفظ زوجها في غيبته في نفسها وماله
maksudnya: "Berkata As-Suddi dan selainnya: iaitu wanita yang menjaga suaminya diwaktu suaminya tidak ada (disampingnya), iaitu dengan menjaga dirinya dan harta suaminya"
Firman Allah "oleh karena Allah telah memelihara (mereka)", Ibnu Kathir menafsirkan dengan berkata:
المحفوظ من حفظه
maksudnya: "Iaitu orang yang terpelihara dan dijaga oleh Allah"
Ibnu Jarir meriwayatkan dari Abu Hurairah radiyallahu anhu, ia mengatakan bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
خَيرُ النساءِ امرأةٌ إذا نَظَرْتَ إليها سَرَّتْكَ وإذا أمَرْتَها أطاعتكَ وإذا غِبْتَ عنها حَفِظتْكَ في نَفْسِها ومالِكَ
"Sebaik-baik wanita adalah yang apabila engkau melihatnya, maka dia menyenangkan hatimu. Apabila engkau memerintahkannya, maka dia menta'atimu. Dan jika engkau tidak berada di sisinya, dia menjagamu dengan menjaga dirinya dan hartamu"
Kemudian Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam membacakan ayat: "Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita..hingga akhir ayat" (Dikeluarkan oleh Imam Ath-Thabari didalam tafsirnya (5/60), juga oleh Ad-Dailami no. 2912)
Dari Abu Hurairah radiyallahu anhu, dia berkata, ditanyakan kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam:
أَيُّ النِّسَاءِ خَيْرٌ قَالَ الَّتِي تَسُرُّهُ إِذَا نَظَرَ وَتُطِيعُهُ إِذَا أَمَرَ وَلَا تُخَالِفُهُ فِي نَفْسِهَا وَمَالِهَا بِمَا يَكْرَهُ
"Siapakah sebaik-baik wanita?" Lalu baginda menjawab: "Iaitu yang menyenangkan apabila dilihat oleh suaminya, yang menta'ati apabila diperintah oleh suaminya, dan tidak menyelisihi dalam hal dirinya dan hartanya, atas perkara yang dibenci oleh suaminya" (HR An-Nasa'ie no. 5343, dihasankan oleh Al-Albani, Syu'aib Al-Arnauth berkata: Sanadnya kuat)
Imam Ahmad meriwayatkan bahawasanya, 'Abdurrahman bin Auf radiyallahu anhu berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَفِظَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا، قِيلَ لَهَا : ادْخُلِى الْجَنَّةَ مِنْ أَىِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ
"Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika diakhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana pun yang engkau sukai" (Hadis Hasan Lighairihi: Hadis Riwayat Ibnu Hibban no. 4163 dan at-Thabrani no. 4598)