Monday, October 20, 2008

Redha lah dan Bersabar lah Dengan Segala Ketentuan Allah swt, Kerana Dia Lebih Mengetahui Mana Yang Lebih Baik Untuk Kita

Redha lah dan Bersabar lah Dengan Segala Ketentuan Allah swt, Kerana Dia Lebih Mengetahui Mana Yang Lebih Baik Untuk Kita



Allah berfirman: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" (Al-Baqarah 2:216)

Ibnu Kathir mengatakan tafsiran bagi ayat ini "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu" ialah kerana peperangan itu kadang-kadang membawa kemenangan dan keberuntungan atas musuh, juga penguasaan negeri, harta benda, wanita dan anak-anak mereka.

Dan Tafsiran bagi ayat ini "boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu" ialah mencakup segala hal yang bersifat umum, Mungkin sahaja seseorang menyukai sesuatu, padahal sesuatu itu tidak mendatangkan kebaikan dan kemaslahatan baginya. Contohnya adalah untuk menyukai tidak ikut berperang, sehingga akan berakibat kan jatuhnya negeri dan pemerintahan ke tangan musuh.

dan Tafsiran bagi ayat ini "Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" Maksudnya Allah swt lebih mengetahui akibat dari segala sesuatu, Dia memberi tahukan bahwa dalam peperangan itu terdapat kebaikan bagi kita di dunia mahupun diakhirat. Kerana itu, sambut dan bersegerelah untuk menunaikan perintah Allah swt supaya kalian mendapat petunjuk.


Rasulullah saw bersabda:“Lihatlah kepada orang yang berada dibawahmu dan jangan melihat kepada orang yang berada di atasmu, kerana dengan yang demikian lebih patut, agar kalian tidak meremehkan nikmat Allah yang telah diberi kepadamu” (HR Al-Bukhari: 6490), Muslim: 2963, At Tirmidzi: 2513, Ibnu Majah: 4142)

Rasulullah saw bersabda:“Sungguh Menghairankan hal ehwal nya seorang yang beriman, kerana sesungguh nya semua perkara adalah baik, apabila mendapati hal yang menggembirakan dia bersyukur maka dia akan mendapati kebaikan, dan apabila musibah yang menyusahkan menimpanya dia bersabar maka dia mendapati kebaikan juga, yang demikian ini tidak akan terjadi kepada sesiapa pun kecuali pada orang yang beriman” (HR Muslim, Kitabuz Zuhdi war Roqoiq)

No comments: