Friday, July 17, 2009

Jangan lah Kalian Berpecah dan Merasa Bangga Dengan Kumpulan Masing2, Kerana Sesungguhnya Agama Tauhid Ini Hanya Satu

Jangan lah Kalian Berpecah dan Merasa Bangga Dengan Kumpulan Masing2, Kerana Sesungguhnya Agama Tauhid Ini Hanya Satu

Allah berfirman: “Sesungguhnya (agama tauhid) ini, adalah agama kamu semua, agama yang satu, dan Aku adalah Tuhanmu, maka bertakwalah kepada-Ku. Kemudian mereka (pengikut-pengikut rasul itu) menjadikan agama mereka terpecah belah menjadi beberapa pecahan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada sisi mereka (masing-masing)” (Mukminun 23:52-53)

Ibnu Kathir menafsirkan dalam tafsirnya berkenaan ayat ini “Sesungguhnya (agama tauhid) ini, adalah agama kamu semua, agama yang satu”, beliau menafsirkan: “Maksudnya, agama kalian (wahai sekalian para Nabi) adalah agama yang satu. Agama yang menyerukan utk menyembah kepada Allah swt saja, yang tidak ada sekutu bagiNya. Oleh sebab itu, Allah berfirman: “dan Aku adalah Tuhanmu, maka bertakwalah kepada-Ku”.

Ibnu Kathir menafsirkan dalam tafsirnya berkenaan ayat ini “Kemudian mereka (pengikut-pengikut rasul itu) menjadikan agama mereka terpecah belah menjadi beberapa pecahan”, beliau menafsirkan: “Maksudnya umat-umat yang diutus kepada mereka,para Nabi”.

Ibnu Kathir menafsirkan dalam tafsirnya berkenaan ayat ini “Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada sisi mereka (masing-masing)”, beliau menafsirkan: “Maksudnya mereka bangga dengan kesesatan yang ada pada diri mereka,kerana mereka merasa bahawa mereka lah yang mendapat petunjuk”

Sumber: Shahih Tafsir Ibnu Kathir,Jilid 6, Pustaka Ibnu Kathir.

Wallahua’lam

1 comment:

Abu Muhammad Al-Malizi said...

Assalamualaikum. Ana rasa kalau kita nak nasihatkan orang, lebih baik kita panggil dia dengan panggilan yang mulia seperti wahai akhi, wahai saudaraku, wahai rakanku. Allahu'alam.