Artikel ini berasal dari respon saya kepada sebuah forum yang menggalakkan wanita meletakkan gambar sebenar mereka dialam maya sebagai avatar. Saya menentang keras dan memberi penjelasa dengan hujah2 dibawah. Smg bermanfaat dan juga boleh dijadikan iktibar sebagai panduan wanita2 muslimah dalam meletakkan gambar sebenar mereka di alam maya. Agar tidak meletakkan gambar mereka dialam maya atas sebab menimbulkan fitnah dan juga untuk menjaga batas2 dan hukum2 yg Allah swt tetapkan didalam Al-Quran dan Nabi saw tetapkan didalam hadis yg sahih. Forum dimana asal nya saya meletakkan komen adalah dilink dibawah:
Link Al-Fikrah
Assalamualaikum..
Setelah melihat ada muslimat meletakkan gambar, saya terpanggil utk menulis disini. Maafkan jika saya masih belum meletakkan gambar dlm ni. Krn bg saya isu gambar ini masih khilaf dan seharus nya tidak menjadi masalah bagi mereka yang ingin meletakkan atau tidak mahu meletakkan gambar, bg saya tidak menjadi masalah utk muslimin, meletakkan gambar atau tidak meletakkan gambar krn mereka yg meletakkan gambar mungkin berpendapat bahawa dibenarkan dan boleh utk meletakkan gambar di avatar dan sbgnya tanpa menampalnya dirumah(menampalnya gambar makhluk bernyawa dirumah telah sepakat bahawa haram kerana hadis yg sahih jelas melarang dan malaikat tidak masuk ke dalam rumah yg ada gambar). Namun bg mereka yg tidak meletakkan gambar tidak perlu diperlecehkan atau digantung keahlian kerana besar kemungkinan mrk ingin keluar dari khilaf dan mengambil jalan selamat utk tidak meletakkan gambar. Saya mungkin tidak begitu keras tentang haram nya gambar secara total, namun saya mengambil pendekatan utk tidak meletakkan gambar kerana ingin keluar dari khilaf, maaf krn bg saya pendapat umum yg diterima pakai oleh ramai netters dan pendapat sepakat dlm AFN ni utk meletakkan gambar bukan lah kayu ukur kebenaran, tp ayat2 Al-Quran dan Hadis nabi saw dengan pemahaman para sahabat dan disepakati secara jumhur oleh ulama' baru lah kita terima. Ini adalah spt yg disebutkan oleh Allah swt dlm surah Al-An'aam ayat ke 116.
Allah berfirman: "Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)" (Al-An'aam 6:116)
Dan juga kembali kepada Al-Quran dan Hadis yg sahih dlm membuat keputusan adalah sesuatu yg menjadi keutamaan dan pasti ada hikmah nya krn ia adalah ketetapan Allah swt dan rasulNya. Perintah ini adalah spt yg disebutkan oleh Allah swt dlm surah An-Nisa' ayat 59.
Allah befirman:"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya" (An-Nisa' 4:59)
Jadi dalam hal gambar bagi muslimin, sy lihat ia masih khilaf dan terpulang kepada mrk yg meletakkan gambar tanpa dipersalahkan, dan mereka yg tidak meletakkan gambar tanpa diperlekehkan krn isu ini masih khilaf. Mrk yg meletakkan gambar adalah mrk yg telah yakin boleh meletakkan gambar dan mrk yg tidak meletakkan gambar adalah mrk yg ingin keluar dari khilaf dan meletakkan gambar.
Berkenaan isu gambar menunjukkan kebenaran dan menunjukkan kujujuran kita dalam post artikel2 atau tulisan2 dlm ini. Saya tidak melihat ini sesuatu yg signifikan dan saya tidak melihat ia boleh dicapai hanya dengan meletakkan gambar. Sekira nya meletakkan gambar dan menulis sesuatu yg tidak baik dan yg menyesatkan, kerana kita tidak boleh pasti gambar yg diletakkan adalah gambar yg betul dan sebenar dgn diri insan yg menulis. Kita tidak akan dapat pasti.Unsur penipuan boleh terlibat dlm isu ini dan lebih besar maslahat utk tidak meletak gambar dlm ni. Bagi saya, bukti kejujuran dalam menulis adalah dengan tidak gentar memberikan maklumat diri dan hal2 yg ditanya sekiranya diminta. Atau tidak gentar utk berjumpa sekira nya diminta utk dipertanggungjwb kan penulisan die. saya masih teringat seseorg sahabat didalam alam maya ini yg sgt dikenal didlm AFN, namun apabila beliau dicari atas sebab2 tertentu, beliau tidak dapat dikesan hingga terpaksa bukak thread dengan matlamat khusus mencari beliau. Sedangkan gambar beliau termampang didalam avatar beliau. Maka matlamat meletakkan gambar tidak juga tercapai. yang saya lihat, masing2 hanya menyatakan tentang tembam nya gambar masing2 dan masing2 cite tentang hensem nya masing2, nauzubillah sudah lari dari matlamat asal dan akhirnya terjadi perkara yg lain iaitu mula mempertkaikan dan mula menceritakan penciptaan Allah swt pada diri masing2. Rasa nya bukan itu matlamat meletakkan avatar ini.
Dalam hal wanita meletakkan avatar nya, saya lihat ini sesuatu yg paling mungkar pernah dipersetujui oleh sahabat2 dlm AFN ni. Saya berniat utk tidak bersama pendapat umum dan kembali kepada pemahaman yg selari dgn hadis nabi saw. Sesungguh nya meletakkan gambar wanita dlm ni adalah sesuatu yg sgt mungkar, sgt menimbulkan fitnah dan seharus nya tidak dipersetujui oleh org2 yg menggelar diri mrk sbg alim ulama' dan merasakan diri mrk sudah mengetahui sgl2 tentang hadis2 nabi saw tanpa bertanya terlebih dahulu kepada ustaz2 ulama'2 yg benar2 berpegang kepada akidah ahli sunnah wal jamaah yg akidah dan bermazhab salaf. Nazubillah. Sedang begitu banyak hadis2 nabi saw yg melarang wanita dlm hal ini, bahawa mereka sendiri adalah aurat dan mrk akan dilihat oleh syaitan apabila telah keluar dari rumah, inikah pula didalam alam maya yg bukan sahaja akan keluar dari rumah, malahan akan terbang jauh melayang ke negara2 org kafir laknatullah gambar2 mrk ini. Sesungguhnya kelibat adalah sesuatu yg amat ditentang oleh Allah swt dldlm AQ dan rasulNya didalam As-Sunnah dengan hujah2 berikut:
Hujah Al-Quran 1
Allah berfirman:Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya" (An-nuur 24:31)
Hujah Al-Quran 2
Allah berfirman:"Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka)" (An-Nisa' 4:34)
Hujah Hadis Sahih 1
وعن أسامة بن زيد قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء "
متفق عليه
Dari Usamah Ibn Zaid, dari Nabi saw,beliau bersabda:"Aku tidak meninggalkan sesudahku sebuah fitnah yang lebih berbahaya bagi laki-laki selain dari fitnah wanita" (HR Bukhari dan Muslim)
Hujah Hadis Sahih 2
وعن جرير بن عبد الله قال : سألت رسول الله صلى الله عليه وسلم عن نظر الفجاءة فأمرني أن أصرف بصري . رواه مسلم
Dari Jarir bin 'Abdullah: aku menyoal Rasulullah shallallahu 'alayhi wa sallam tentang memandang sejenak maka baginda memerintah aku untuk mengalihkan pandangan. (Hadis Riwayat Muslim)
Hujah Hadis Sahih 3
وعنه رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال المرأة عورة فإذا خرجت استشرفها الشيطان وأقرب ما تكون من وجه ربها وهي في قعر بيتها رواه الترمذي وقال حديث حسن صحيح
Berkata Nabi saw;"Wanita itu adalah aurat,jika ia keluar maka syaitan akn menjadikannya indah(dalam pndgn lelaki),adapun tempat yg paling dekat di antara wanita dengan Allah swt adalah di rumahnya."(HR Tirmidzi, Berkata Beliau hadis ini Hasan Sahih)
InsyaAllah seharus nya dengan hujah dan hadis2 diatas telah cukup untuk menjadi pegangan, prinsip dan panduan bg wanita solehah dalam menghalang dirinnya meletakkan gambar nya dikhalayak ramai.
Ada mrk yg berpendapat bahawa dibenarkan gambar wanita muslimah ditayang di AFN, adalah kerana melihat diluar sana(luar AFN) ramai wanita meletakkan gambar mrk, saya ingin bertanya,adakah wanita2 awam diluar sana dan mrk yg tidak memahami AQ dan AS dgn pemahaman yg sebenar melalui akidah salaf sama dgn mereka yg telah menyertai AFN dan telah memahami akidah dan manhaj salaf. Tidak,sesungguh nya Allah swt telah berfirman dlm surah Az-Zumar ayat 9:
Allah berfirman:"Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran" (Az-Zumar 39:9)
Dan sesungguh nya wanita2 muslimah di dlm AFN seharus nya bertanya dulu kepada ahli ilmu, ustaz2 yg berjuang menyebarkan dakwah diseluruh malaysia dan tidak hanya terima secara taklid saranan2 mrk yg mendakwa diri mereka sbg ustaz2 dlm AFN ni. Sy tidak mengatakan menolak terus, namum prinsip mrk yg bergelar ahli sunnah adalah bertanya dulu sebelum melakukan atau mengikut sesuatu. Suruhan ini adlah sgt selari dgn ayat2 Allah swt bahawa bertanya dulu kepada ahli ilmu tentang seusatu perkara, dan jangan ikut sesuatu yg kita tidak jelas dan tidak tahu tentang nya:
Allah berfirman:"maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui" (A;-Anbiya' 21:7)
Allah berfirman:"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya" (Al-Isra' 17:36)
Maka saranan ikhlas saya kepada sahabat2 dlm AFN,
1.muslimin2 yg ingin meletakkan gambar, silakan lah dan tidak mejadi masalah buat sesiapa pun, selagi niat ikhlas sbg tujuan dikenali dan lebih jujur dalam penulisan dan bukan utk menunjuk2 dan riya' krn riya' adalah syirik kecil sesuatu yg seharus nya dijauhkan terutama nya kepada ahli sunnah wal jamaah. Dan bg mereka yg tidak meletakkah gambar, maka juga tidak mengapa kerana niat mrk ingin keluar dari khilaf, namun perlu terus dan tetap jujur dalam penulisan. insyaAllah. prinsip nya disini jangan ada pihak yg mengutuk, mengejek, menghalang sesuatu yg diamalkan oleh pihak2 tertentu krn mungkin mrk yg kamu herdik dan kutuk itu lebih baik dari kamu. Ini adalah perintah Allah swt dlm surah Al-hujuraat ayat 6:
Allah berfirman:"Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik" (Al-Hujuraat 49:11)
2.bagi muslimah yg telah meletakkan gambar, maka sila buang gambar yg kamu letak itu krn ia menimbulkan fitnah buat diri kamu yg mana ia telah disabdakan oleh nabi saw bahawa dirimu adalah fitnah yg paling besar buat lelaki. bagi mereka yg terfikir utk meletakkan gambar, sila batalkan hasrat anda dan jika masih mahu meletakkan gambar, maka lebih baik bertanya dl kepada ahli ilmu yg benar2 akan ilmu nya tentang apa yg kamu ingin lakukan, krn pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu, semua akan dipertanggungjwabkan oleh Allah swt kepada kamu kelak.
Allah berfirman:"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggunganjawabnya" (Al-Isra' 17:36)
Smg bermanfaat perkongsian ini buat mrk yg mahu berfikir.
Wallahua'lam..
1 comment:
saya setuju dengan pendapat ni.
teruskn perjuangan ;)
salam ziarah.
Post a Comment