Tuesday, March 30, 2010

Bertaubatlah Kepada Allah swt, Kerana Dengan Taubat KepadaNya Akan Melahirkan KEBAHAGIAAN

Bertaubat kepada Allah swt adalah KEBAHAGIAAN

وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Allah berfirman:"Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung (berbahagia)" (An-Nuur 24:31)

Ibnu Kathir menafsirkan ayat ini,dengan berkata:"Lakukanlah sifat-sifat yg mulia dan akhlak-akhlak yg terpuji (yg telah Allah perintahkan kpd kalian dlm ayat ini (keseluruhan ayat 31)).Tinggalkanlah akhlak-akhlak yg buruk dan sifat-sifat yg tercela yg selama ini menjadi tradisi org jahiliyyah,kerana kebahagiaan yg sebenar-benarnya hanya ada disaat kalian melaksanakan segala perintah Allah swt dan meninggalkan larangannya.Hanya Allah swt tempat memohon pertolongan" (Tafsir Ibnu Kathir,Pustaka Ibnu Kathir)

No comments: