Wednesday, November 9, 2011

Bertaubatlah, Kerana Hanya Dia yang Mampu Menerima Taubat

Bertaubatlah, Kerana Hanya Dia yang Mampu Menerima Taubat, dan Pasti Dia akan Memaafkan Kesalahan-Kesalahan Kamu

Allah berfirman:

وَهُوَ الَّذِي يَقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِ وَيَعْفُو عَنِ السَّيِّئَاتِ وَيَعْلَمُ مَا تَفْعَلُونَ

"Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan" (Asy-Syuraa 42:25)

Ibnu Kathir menafsirkan ayat diatas ini secara umum dengan berkata:

يقول تعالى ممتنا على عباده بقبول توبتهم إليه إذا تابوا ورجعوا إليه: أنه من كرمه وحلمه أنه يعفو ويصفح ويستر ويغفر

"Allah subhanahu wata'ala berfirman menuturkan kurnia-Nya bagi hamba-Nya dengan menerima taubat bagi mereka yang kembali kepada-Nya. Allah menjelaskan bahawa termasuk kemuliaan dan kelembutanNya, adalah bahawa Dia memaafkan (kesalahan), menutupinya, dan mengampuninya"

 كقوله: { وَمَنْ يَعْمَلْ سُوءًا أَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللَّهَ يَجِدِ اللَّهَ غَفُورًا رَحِيمًا } النساء:110

Sebagaimana firman Allah subhanahu wata'ala: "Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, niscaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (An-Nisa' 4:110)

وقد ثبت في صحيح مسلم، رحمه الله، حيث قال: قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "لله أشد فرحا بتوبة عبده حين يتوب إليه، من أحدكم كان راحلته بأرض فلاة فانفلتت منه، وعليها طعامه وشرابه، فأيس منها، فأتى شجرة فاضطجع في ظلها، قد أيس من راحلته، فبينما هو كذلك إذا هو بها قائمة عنده، فأخذ بخطامها ثم قال من شدة الفرح: اللهم أنت عبدي وأنا ربك -أخطأ من شدة الفرح

Disebutkan didalam kitab Sahih Muslim, riwayat dari Anas bin Malik radiyallahu anhu, ia mengatakan bahawa rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda: “Allah Jalla wa `Alaa sangat gembira dengan taubat seorang hamba-Nya ketika dia bertaubat kepadaNya, yaitu dari salah seorang kalian yang sedang berada di atas kendaraannya di tanah lapang yang luas, dimana tiba-tiba untanya tersebut lari darinya, yang padahal di atas kendaraanya itu ada makanan dan minumannya, maka dia merasa pesimis akan hal ini dan lantas dia pergi ke satu pohon, lalu tidur di bawah naungan pohon tersebut, dan sungguh dia telah putus asa dari untanya tersebut. Tatkala dia dalam keadaan demikian, tiba-tiba unta (kendaraan)nya tersebut berdiri disisinya, lantas dia pegang tali kekangnya, kemudian dia berkata dalam keadaan sangat gembira : “Ya Allah! Engkau hamba saya dan saya rabb Engkau”,dia salah dikarenakan sangat gembiranya.” (Muslim no. 2747, al Bukhari no. 6308)

عن الزهري في قوله: { وَهُوَ الَّذِي يَقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِ } : إن أبا هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "لله أشد فرحا بتوبة عبده من أحدكم يجد ضالته في المكان الذي يخاف أن يقتله العطش فيه"

Diriwayatkan dari Az-Zuhri berkenaan dengan firman Allah: “Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya”, bahawasanya Abu Hurairah radiyallahu anhu mengatakan bahawa rasululllah shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Allah lebih gembira dengan taubat hamba-Nya daripada salah seorang diantara kalian menemukan barangnya yang hilang disuatu tempat yang mana ia khawathir apabila ia meninggal kerana kehausan” (Mushannaf ‘Abdurrazzaq (III/191), diriwayatkan juga oleh Imam Muslim no. 2675, dari jalan ‘Abdurrazzaq dari Ma’mar dari Hammam bin Muhabbih dari Abu Hurairah)

وقال همام بن الحارث: سئل ابن مسعود عن الرجل يفجر بالمرأة ثم يتزوجها؟ قال: لا بأس به، وقرأ: { وَهُوَ الَّذِي يَقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِ }

Hammam bin al-Harits berkata: “Ibnu Mas’ud radiyallahu anhu ditanya tentang seorang lelaki yang berbuat zina dengan seorang perempuan kemudian ia menikahinya. Ibnu Mas’ud berkata: “Tidak mengapa” Ia membaca ayat, “Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya” (Tafsir Ath-Thabari (XXI/534)

[Tafsir Al-Quranul 'Azhim, Ibnu Kathir, (8/159-161)]

No comments: