Allah berfirman : "Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Muhammad 47:7)
Syukur Pada Mu Ya Allah Kerana Beri Ku Kekuatan
Jam dan hampir 3 ptg, keje byk belum buat lagi, Aku kat Customer site, maybe dlm jam 6 baru balik dan Customer site dan Hotel agak jauh dlm 45 min,
Ya Allah,aku tak solat lagi, masuk Maghrib kat Hong Kong ni dah la cepat, dalam jam 6 dah masuk..aku memberanikan diri,
Ben, Can you please excuse me for 5 minutes because i want to pray??
Yeah, no problem you can,
Aku pun mengambil wudu' dgn membasuh kasut ku sebagai Sunnah Nabi ketika musafir, mencari kawasan kosong dan solat jama' Zohor dan Asar disitu..
Subhnallah, Ya Allah, Syukur pada mu kerana beri aku kekuatan dan kemudahan utk aku beribadah pada mu dimana sahaja ku berada diatas muka bumi ini..
Syukur pada mu Ya Allah..
Labels: Syukur
Bertaqwa lah, kerana Allah menilai seseorang mengikut ketaqwaan nya
Allah berfirman : "Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal" (Al-Hujuraat 49:13)
Labels: Taqwa (49:13)
Berzikir lah, maka dengan cara itu kamu akan menjadi tenang
Allah berfirman: "(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram" (Ar-Ra'd 13:28)
Labels: Zikir (13:28)
Berdoa lah sahabatku, pasti Allah akan kabulkan
Allah berfirman: 'Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina" (Mukmin 40:60)
Labels: Doa (40:60)
Redha lah dan Bersabar lah Dengan Segala Ketentuan Allah swt, Kerana Dia Lebih Mengetahui Mana Yang Lebih Baik Untuk Kita
Redha lah dan Bersabar lah Dengan Segala Ketentuan Allah swt, Kerana Dia Lebih Mengetahui Mana Yang Lebih Baik Untuk Kita
Allah berfirman: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" (Al-Baqarah 2:216)
Ibnu Kathir mengatakan tafsiran bagi ayat ini "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu" ialah kerana peperangan itu kadang-kadang membawa kemenangan dan keberuntungan atas musuh, juga penguasaan negeri, harta benda, wanita dan anak-anak mereka.
Dan Tafsiran bagi ayat ini "boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu" ialah mencakup segala hal yang bersifat umum, Mungkin sahaja seseorang menyukai sesuatu, padahal sesuatu itu tidak mendatangkan kebaikan dan kemaslahatan baginya. Contohnya adalah untuk menyukai tidak ikut berperang, sehingga akan berakibat kan jatuhnya negeri dan pemerintahan ke tangan musuh.
dan Tafsiran bagi ayat ini "Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" Maksudnya Allah swt lebih mengetahui akibat dari segala sesuatu, Dia memberi tahukan bahwa dalam peperangan itu terdapat kebaikan bagi kita di dunia mahupun diakhirat. Kerana itu, sambut dan bersegerelah untuk menunaikan perintah Allah swt supaya kalian mendapat petunjuk.
Rasulullah saw bersabda:“Lihatlah kepada orang yang berada dibawahmu dan jangan melihat kepada orang yang berada di atasmu, kerana dengan yang demikian lebih patut, agar kalian tidak meremehkan nikmat Allah yang telah diberi kepadamu” (HR Al-Bukhari: 6490), Muslim: 2963, At Tirmidzi: 2513, Ibnu Majah: 4142)
Rasulullah saw bersabda:“Sungguh Menghairankan hal ehwal nya seorang yang beriman, kerana sesungguh nya semua perkara adalah baik, apabila mendapati hal yang menggembirakan dia bersyukur maka dia akan mendapati kebaikan, dan apabila musibah yang menyusahkan menimpanya dia bersabar maka dia mendapati kebaikan juga, yang demikian ini tidak akan terjadi kepada sesiapa pun kecuali pada orang yang beriman” (HR Muslim, Kitabuz Zuhdi war Roqoiq)
Labels: Redha (2:216)
Bertaqwalah, pasti rezeki mu dari arah yang tidak disangka-sangka
Allah berfirman: "Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar, Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu" (Ath-Thalaaq 65:2-3)
Labels: Taqwa (65:2-3)