Thursday, January 1, 2009

Teruslah Memohon Ampun Kepada Allah, Walaupun Kerap Kali Kamu Berbuat Dosa

Allah Berfirman: "Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka " (Ali-Imraan 3:135)

Ibnu Kathir menafsirkan ayat ini: "Ertinya apabila berbuat dosa, mereka segera mengiringinya dengan taubat dan memohon ampun"

'Abdurrazaq meriwayatkan dari Anas bin Malik r.a, ia berkata: "Telah diceritakan kepada ku bahawa Iblis menangis ketika turun ayat ini" (Abdurrazaq (I/133))

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi saw bersabda: "Sesungguhnya ada seorang yg berbuat dosa, lalu ia berkata: 'Wahai Rabb-ku, aku telah berbuat dosa, maka ampunilah dosa ku ini' Maka Allah berfirman: 'HambaKu telah berdosa, dan ia meyakini bahawa ia memiliki Rabb yang dapat mengampuni dosa atau memberikan hukuman kerananya.Sungguh,Aku telah mengampuni hambaKu itu.

Kemudian org tersebut berbuat dosa lagi, maka ia berkata: 'Ya Rabb-ku aku telah berdosa , maka ampunilah dosaku itu', Maka Allah swt berfirman: 'Hamba-Ku mengetahui bahawa ia memiliki Rabb yang dapat mengampuni atau memberikan hukuman kerana dosanya. Sungguh, Aku ampuni hamba-Ku itu'.

Kemudian ia kembali berbuat dosa, lalu ia berkata 'Ya Rabb-ku, aku telah melakukan dosa lagi, maka ampunilah'. Allah swt berfirman: 'Hamba-Ku mengetahui bahawa ia memiliki Rabb yang dapat mengampuni atau memberikan hukuman kerana dosanya. Sungguh, Aku ampuni hamba-Ku itu'.

Setelah itu, org tersebut berbuat dosa lagi, maka ia berkata: 'Ya Rabb-ku aku telah berdosa , maka ampunilah dosaku itu'.Maka Allah swt berfirman: 'Hamba-Ku mengetahui bahawa ia memiliki Rabb yang dapat mengampuni dosa atau memberi hukuman kerananya. Aku persilakan kepada kalian (Wahai Para Malaikat) bahawa aku telah mengampuni hambaKu itu, maka silalah ia berbuat sesukanya(selama engkau berbuat salah dan diikuti bertaubat kepada-Nya, nescaya Allah akan mengampunimu." (Ahmad (II/296), Fathul Baari (XIII/474) Al-Bukhari no 7507, Muslim no 2758)

4 comments:

sakinah aziz said...

ar-rahman, ar-rahim..

wanirani said...

saye selalu mengulang dosa n silap yang same selepas memohon ampun

berasa sgt bersalah

Anonymous said...

salam sahabat,

ana nk mintak kebenaran dr anta utk publish post ini di blog ana boleh..?
sekadar menyebar dan menyampaikan kebaikan utk pedoman diri sendiri dan sahabat2 yg melayari blog ana..
acknoledgement ttp akn diberi kepada anta dan blog anta..

sekian,
azrul md yazid.

Asyraf Dinie Bahari said...

waalaikumsalam wbt..subhnballah..boleh sahabat..x perlu acknoledge pun x pe..yg penting ilmu sunnah ni sampai pada sahabat2 kita yg lain..moga2 kita sama2 dapat mengambil manfaat nya..InsyaAllah..