Tuesday, January 26, 2010

Munajat Cinta - Ya Allah Aku Mohon Cinta Insan Yang MencintaiMu

Munajat Cinta...

YA ALLAH..
Aku Mohon KepadaMU CintaMU?
Cinta Siapa Saja Yang MenCintaiMU?
Cinta Apa Saja Yang Mendekatkanku Kepada CintaMU..
Jadikanlah CintaMU Lebih Berharga Bagiku
Daripada Air Dingin Bagi Orang Yang Kehausan?

YA ALLAH..
Jadikanlah Aku MencintaiMU Dengan Sepenuh Hati?
Selalu Mencari RidhaMU Dengan Upaya Maksimalku?

YA ALLAH..
Jadikanlah Semua Cintaku Hanya UntukMU?
Semua Usahaku Hanya Untuk Meraih RidhaMU?

YA ALLAH..
Hidupkan Aku Dengan CintaMU?
Matikan Aku Dengan CintaMU?
Bangkitkan Aku Dengan CintaMU?
CintaMU Bagiku Adalah Segala-galanya?

Oh Rabbi..
Jika Cintaku Kau Ciptakan Untuk Dia
Tabahkan Hatinya
Teguhkan Imannya
Sucikan Cintanya
Lembutkan Rindunya

Rabbi....
Jika Hatiku Kau ciptakan Untuk Dia
Penuhi Hatinya Dengan KasihMU
Terangi Langkahnya Dengan CahayaMU
Bisikkan Kedamaian Dalam Kegalauan
Temani Dia Dalam Kesepian

Rabbi...
Kutitipkan Cintaku PadaMU Untuknya
Resapkan Rinduku Pada Rindunya
Mekarkan Cintaku Bersama Cintanya
Satukan Hidupku Dan Hidupnya
Dalam CintaMU?
Sebab, Sungguh Aku Mencintainya KarenaMU...

Sumber:http://www.kajianislam.net/modules/smartsection/item.php?itemid=267&com_id=145&com_rootid=135&#comment145

Thursday, January 21, 2010

Teguran Ikhlas Buat Warga Sesetengah Forum Yang Menggalakkan Wanita Meletakkan Gambar Mrk Sebagai Avatar

Teguran Keras Buat Warga Sesetengah Forum Yang Menggalakkan Wanita Meletakkan Gambar Mrk Sebagai Avatar

Artikel ini berasal dari respon saya kepada sebuah forum yang menggalakkan wanita meletakkan gambar sebenar mereka dialam maya sebagai avatar. Saya menentang keras dan memberi penjelasa dengan hujah2 dibawah. Smg bermanfaat dan juga boleh dijadikan iktibar sebagai panduan wanita2 muslimah dalam meletakkan gambar sebenar mereka di alam maya. Agar tidak meletakkan gambar mereka dialam maya atas sebab menimbulkan fitnah dan juga untuk menjaga batas2 dan hukum2 yg Allah swt tetapkan didalam Al-Quran dan Nabi saw tetapkan didalam hadis yg sahih. Forum dimana asal nya saya meletakkan komen adalah dilink dibawah:

Link Al-Fikrah

Assalamualaikum..

Setelah melihat ada muslimat meletakkan gambar, saya terpanggil utk menulis disini. Maafkan jika saya masih belum meletakkan gambar dlm ni. Krn bg saya isu gambar ini masih khilaf dan seharus nya tidak menjadi masalah bagi mereka yang ingin meletakkan atau tidak mahu meletakkan gambar, bg saya tidak menjadi masalah utk muslimin, meletakkan gambar atau tidak meletakkan gambar krn mereka yg meletakkan gambar mungkin berpendapat bahawa dibenarkan dan boleh utk meletakkan gambar di avatar dan sbgnya tanpa menampalnya dirumah(menampalnya gambar makhluk bernyawa dirumah telah sepakat bahawa haram kerana hadis yg sahih jelas melarang dan malaikat tidak masuk ke dalam rumah yg ada gambar). Namun bg mereka yg tidak meletakkan gambar tidak perlu diperlecehkan atau digantung keahlian kerana besar kemungkinan mrk ingin keluar dari khilaf dan mengambil jalan selamat utk tidak meletakkan gambar. Saya mungkin tidak begitu keras tentang haram nya gambar secara total, namun saya mengambil pendekatan utk tidak meletakkan gambar kerana ingin keluar dari khilaf, maaf krn bg saya pendapat umum yg diterima pakai oleh ramai netters dan pendapat sepakat dlm AFN ni utk meletakkan gambar bukan lah kayu ukur kebenaran, tp ayat2 Al-Quran dan Hadis nabi saw dengan pemahaman para sahabat dan disepakati secara jumhur oleh ulama' baru lah kita terima. Ini adalah spt yg disebutkan oleh Allah swt dlm surah Al-An'aam ayat ke 116.


Allah berfirman: "Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)" (Al-An'aam 6:116)

Dan juga kembali kepada Al-Quran dan Hadis yg sahih dlm membuat keputusan adalah sesuatu yg menjadi keutamaan dan pasti ada hikmah nya krn ia adalah ketetapan Allah swt dan rasulNya. Perintah ini adalah spt yg disebutkan oleh Allah swt dlm surah An-Nisa' ayat 59.


Allah befirman:"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya" (An-Nisa' 4:59)

Jadi dalam hal gambar bagi muslimin, sy lihat ia masih khilaf dan terpulang kepada mrk yg meletakkan gambar tanpa dipersalahkan, dan mereka yg tidak meletakkan gambar tanpa diperlekehkan krn isu ini masih khilaf. Mrk yg meletakkan gambar adalah mrk yg telah yakin boleh meletakkan gambar dan mrk yg tidak meletakkan gambar adalah mrk yg ingin keluar dari khilaf dan meletakkan gambar.

Berkenaan isu gambar menunjukkan kebenaran dan menunjukkan kujujuran kita dalam post artikel2 atau tulisan2 dlm ini. Saya tidak melihat ini sesuatu yg signifikan dan saya tidak melihat ia boleh dicapai hanya dengan meletakkan gambar. Sekira nya meletakkan gambar dan menulis sesuatu yg tidak baik dan yg menyesatkan, kerana kita tidak boleh pasti gambar yg diletakkan adalah gambar yg betul dan sebenar dgn diri insan yg menulis. Kita tidak akan dapat pasti.Unsur penipuan boleh terlibat dlm isu ini dan lebih besar maslahat utk tidak meletak gambar dlm ni. Bagi saya, bukti kejujuran dalam menulis adalah dengan tidak gentar memberikan maklumat diri dan hal2 yg ditanya sekiranya diminta. Atau tidak gentar utk berjumpa sekira nya diminta utk dipertanggungjwb kan penulisan die. saya masih teringat seseorg sahabat didalam alam maya ini yg sgt dikenal didlm AFN, namun apabila beliau dicari atas sebab2 tertentu, beliau tidak dapat dikesan hingga terpaksa bukak thread dengan matlamat khusus mencari beliau. Sedangkan gambar beliau termampang didalam avatar beliau. Maka matlamat meletakkan gambar tidak juga tercapai. yang saya lihat, masing2 hanya menyatakan tentang tembam nya gambar masing2 dan masing2 cite tentang hensem nya masing2, nauzubillah sudah lari dari matlamat asal dan akhirnya terjadi perkara yg lain iaitu mula mempertkaikan dan mula menceritakan penciptaan Allah swt pada diri masing2. Rasa nya bukan itu matlamat meletakkan avatar ini.

Dalam hal wanita meletakkan avatar nya, saya lihat ini sesuatu yg paling mungkar pernah dipersetujui oleh sahabat2 dlm AFN ni. Saya berniat utk tidak bersama pendapat umum dan kembali kepada pemahaman yg selari dgn hadis nabi saw. Sesungguh nya meletakkan gambar wanita dlm ni adalah sesuatu yg sgt mungkar, sgt menimbulkan fitnah dan seharus nya tidak dipersetujui oleh org2 yg menggelar diri mrk sbg alim ulama' dan merasakan diri mrk sudah mengetahui sgl2 tentang hadis2 nabi saw tanpa bertanya terlebih dahulu kepada ustaz2 ulama'2 yg benar2 berpegang kepada akidah ahli sunnah wal jamaah yg akidah dan bermazhab salaf. Nazubillah. Sedang begitu banyak hadis2 nabi saw yg melarang wanita dlm hal ini, bahawa mereka sendiri adalah aurat dan mrk akan dilihat oleh syaitan apabila telah keluar dari rumah, inikah pula didalam alam maya yg bukan sahaja akan keluar dari rumah, malahan akan terbang jauh melayang ke negara2 org kafir laknatullah gambar2 mrk ini. Sesungguhnya kelibat adalah sesuatu yg amat ditentang oleh Allah swt dldlm AQ dan rasulNya didalam As-Sunnah dengan hujah2 berikut:

Hujah Al-Quran 1


Allah berfirman:Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya" (An-nuur 24:31)

Hujah Al-Quran 2


Allah berfirman:"Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka)" (An-Nisa' 4:34)

Hujah Hadis Sahih 1

وعن أسامة بن زيد قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء "
متفق عليه


Dari Usamah Ibn Zaid, dari Nabi saw,beliau bersabda:"Aku tidak meninggalkan sesudahku sebuah fitnah yang lebih berbahaya bagi laki-laki selain dari fitnah wanita" (HR Bukhari dan Muslim)

Hujah Hadis Sahih 2

وعن جرير بن عبد الله قال : سألت رسول الله صلى الله عليه وسلم عن نظر الفجاءة فأمرني أن أصرف بصري . رواه مسلم

Dari Jarir bin 'Abdullah: aku menyoal Rasulullah shallallahu 'alayhi wa sallam tentang memandang sejenak maka baginda memerintah aku untuk mengalihkan pandangan. (Hadis Riwayat Muslim)

Hujah Hadis Sahih 3

وعنه رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال المرأة عورة فإذا خرجت استشرفها الشيطان وأقرب ما تكون من وجه ربها وهي في قعر بيتها رواه الترمذي وقال حديث حسن صحيح

Berkata Nabi saw;"Wanita itu adalah aurat,jika ia keluar maka syaitan akn menjadikannya indah(dalam pndgn lelaki),adapun tempat yg paling dekat di antara wanita dengan Allah swt adalah di rumahnya."(HR Tirmidzi, Berkata Beliau hadis ini Hasan Sahih)

InsyaAllah seharus nya dengan hujah dan hadis2 diatas telah cukup untuk menjadi pegangan, prinsip dan panduan bg wanita solehah dalam menghalang dirinnya meletakkan gambar nya dikhalayak ramai.

Ada mrk yg berpendapat bahawa dibenarkan gambar wanita muslimah ditayang di AFN, adalah kerana melihat diluar sana(luar AFN) ramai wanita meletakkan gambar mrk, saya ingin bertanya,adakah wanita2 awam diluar sana dan mrk yg tidak memahami AQ dan AS dgn pemahaman yg sebenar melalui akidah salaf sama dgn mereka yg telah menyertai AFN dan telah memahami akidah dan manhaj salaf. Tidak,sesungguh nya Allah swt telah berfirman dlm surah Az-Zumar ayat 9:


Allah berfirman:"Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran" (Az-Zumar 39:9)

Dan sesungguh nya wanita2 muslimah di dlm AFN seharus nya bertanya dulu kepada ahli ilmu, ustaz2 yg berjuang menyebarkan dakwah diseluruh malaysia dan tidak hanya terima secara taklid saranan2 mrk yg mendakwa diri mereka sbg ustaz2 dlm AFN ni. Sy tidak mengatakan menolak terus, namum prinsip mrk yg bergelar ahli sunnah adalah bertanya dulu sebelum melakukan atau mengikut sesuatu. Suruhan ini adlah sgt selari dgn ayat2 Allah swt bahawa bertanya dulu kepada ahli ilmu tentang seusatu perkara, dan jangan ikut sesuatu yg kita tidak jelas dan tidak tahu tentang nya:


Allah berfirman:"maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui" (A;-Anbiya' 21:7)


Allah berfirman:"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya" (Al-Isra' 17:36)

Maka saranan ikhlas saya kepada sahabat2 dlm AFN,

1.muslimin2 yg ingin meletakkan gambar, silakan lah dan tidak mejadi masalah buat sesiapa pun, selagi niat ikhlas sbg tujuan dikenali dan lebih jujur dalam penulisan dan bukan utk menunjuk2 dan riya' krn riya' adalah syirik kecil sesuatu yg seharus nya dijauhkan terutama nya kepada ahli sunnah wal jamaah. Dan bg mereka yg tidak meletakkah gambar, maka juga tidak mengapa kerana niat mrk ingin keluar dari khilaf, namun perlu terus dan tetap jujur dalam penulisan. insyaAllah. prinsip nya disini jangan ada pihak yg mengutuk, mengejek, menghalang sesuatu yg diamalkan oleh pihak2 tertentu krn mungkin mrk yg kamu herdik dan kutuk itu lebih baik dari kamu. Ini adalah perintah Allah swt dlm surah Al-hujuraat ayat 6:


Allah berfirman:"Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik" (Al-Hujuraat 49:11)

2.bagi muslimah yg telah meletakkan gambar, maka sila buang gambar yg kamu letak itu krn ia menimbulkan fitnah buat diri kamu yg mana ia telah disabdakan oleh nabi saw bahawa dirimu adalah fitnah yg paling besar buat lelaki. bagi mereka yg terfikir utk meletakkan gambar, sila batalkan hasrat anda dan jika masih mahu meletakkan gambar, maka lebih baik bertanya dl kepada ahli ilmu yg benar2 akan ilmu nya tentang apa yg kamu ingin lakukan, krn pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu, semua akan dipertanggungjwabkan oleh Allah swt kepada kamu kelak.


Allah berfirman:"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggunganjawabnya" (Al-Isra' 17:36)

Smg bermanfaat perkongsian ini buat mrk yg mahu berfikir.

Wallahua'lam..

Jangan Hampiri Zina,Sesungguhnya Ia Perbuatan Yang Keji dan Jalan Yang Buruk, Serta Seseorang Itu Pasti Tidak Mahu Orang Berzina Dengan Ibunya

Jangan Hampiri Zina,Sesungguhnya Ia Perbuatan Yang Keji dan Jalan Yang Buruk,Bagi Mereka Yang Tetap Mahu Membuka Jalan Kepada Zina Atau Mahu Melakukan Zina,Tanyakan Kepada Dirimu, Adakah Kamu Suka Seseorang Berzina Dengan Ibumu, Anak Perempuanmu, Saudari Perempuanmu, Saudari Perempuan Ayahmu dan Saudari Perempuan Ibumu?


Allah berfirman:"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk" (Al-Isra' 17:32)

Allah berfirman agar melarang hamba-hambaNya dari perbuatan zina dan mendekatinya,yakni melakukan hal2 dan penyebab2 yang menjerumuskan seseorang kepada penzinaan."وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا",yang bermaksud,"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk", Maksud nya,zina itu seburuk-buruk jalan hidup.

Abu Hurairah r.a. yang bermaksud:"Sesungguhnya telah tertulis (ditetapkan), bagi setiap anak Adam (manusia) bahagian mereka daripada zina yang pasti dia akan dapat tanpa kecuali (kecuali dengan izin Allah). Maka zina mata ialah dengan melihat, zina lidah ialah dengan bercakap, zina hati (jiwa) dengan berangan-angan dan berkeinginan (nafsu syahwat), dan (bergantung kepada) kemaluanlah sama ada untuk membenarkan (keinginan itu), atau menafikannya."(Hadis Riwayat Bukhari, Kitab al-Qadar, No 6122; Kitab al-Isti'dhan, No.5774. Juga diriwayatkan oleh Muslim, Kitab al-Qadar, No 4801; juga oleh Abu Dawud dan Imam Ahmad)

Imam Ahmad telah meriwayatkan dari Abu Umamah,bahawa ada seorang pemuda datang kepada Rasulullah saw, seraya berkata,

يا رسول الله ائذن لي بالزنا ، فأقبل القوم عليه فزجروه و قالوا : مه مه ! فقال : ادنه ، فدنا منه قريبا قال : فجلس ، قال : أتحبه لأمك ؟ قال : لا والله جعلني الله فداءك ، قال : و لا الناس يحبونه لأمهاتهم ، قال : أفتحبه لابنتك ؟ قال : لا والله يا رسول الله جعلني الله فداءك ، قال : و لا الناس يحبونه لبناتهم ، قال : أفتحبه لأختك ؟ قال : لا والله جعلني الله فداءك ، قال : و لا الناس يحبونه لأخواتهم قال : أفتحبه لعمتك . قال : لا والله جعلني الله فداءك ، قال : و لا الناس يحبونه لعماتهم ، قال : أفتحبه لخالتك ؟ قال : لا والله جعلني الله فداءك ، قال : ولا الناس يحبونه لخالاتهم ، قال : فوضع يده عليه و قال : اللهم اغفر ذنبه و طهرقلبه و حصن فرجه . فلم يكن بعد ذلك الفتى يلتفت إلى شيء

"Wahai Rasulullah saw,izinkan aku untuk melakukan zina",Maka sejumlah orang terus menghampiri pemuda itu dan memarahinya,mereka berkata,"Diam kamu!" Maka berkata Rasulullah saw, "Dekatkan lah pemuda itu (kepadaku)" Lalu beliau berkata kepadanya, "Duduklah!" Maka pemuda itu pun duduk. "Apakah kamu suka seseorang berzina dengan ibumu?" tanya Rasulullah saw.Pemuda itu menjawab, "Demi Allah, tidak.Semoga Allah menjadikanmu sebagai tebusanmu" Rasulullah saw bersabda, "Begitu pula orang lain, tidak ada yang suka ibunya berzina dengan orang lain." "Apakah kamu suka seorang berzina dengan anak perempuanmu?" tanya Rasulullah saw.Pemuda itu menjawab,"Demi Allah,yidak.Semoga Allah menjadikanku sebagai tebusanmu" Rasulullah saw bersabda,"Begitu pula orang lain,tidak ada orang suka anak perempuannya berzina." "Apakah kamu suka seseorang berzina dengan saudari perempuanmu?" Tanya Rasulullah saw. Pemuda itu menjawab,"Demi Allah,tidak.Semoga Allah menjadikanku sbg tebusanmu".Rasulullah saw berkata,"Begitu pula orang lain,tidak ada orang suka saudari perempuannya berzina dengan orang lain." "Apakah kamu suka seseorang berzina dengan saudara perempuan ayahmu?" tanya Rasulullah saw. Pemuda itu menjawab,"Demi Allah,tidak.Semoga Allah menjadikanku sebagai tebusanmu".Rasulullah saw bersabda,"Begitu pula orang lain,tidak ada yang suka saudara perempuan ayahmu berzina dengan orang lain." "Apakah kamu suka seseorang berzina dengan dengan saudara perempuan ibumu?".Pemuda itu menjawab,"Demi Allah,tidak.Semoga Allah menjadikan ku sebagai tebusanmu" Rasulullah saw bersabda,"Begitu pula orang lain,tidak ada yang suka saudari ibunya berzina dengan orang lain" Lalu Rasulullah saw meletakkan tangan beliau keatas tubuh pemuda itu,sambil berdo'a:"Ya Allah ampunilah dosa-dosanya,bersihkanlah hatinya dan peliharalah kemaluannya" Perawi berkata,"Setelah kejadian tersebut,pemuda itu tidak lagi menoleh kepada sesuatu apa pun (yang diharamkan). (Hadis Riwayat Ahmad,disahihkan oleh Syaikh al-Arna-uth)

Saturday, January 2, 2010

Wahai Lelaki Beriman, Tundukkanlah Pandanganmu, Wahai Wanita Beriman, Tutuplah Auratmu Dengan Sempurna

Wahai Lelaki Beriman, Tundukkanlah Pandanganmu, Wahai Wanita Beriman, Tutuplah Auratmu Dengan Sempurna

Terlalu Banyak Kisah Rogol, Deraan Seksual, Pembunuhan Wanita dan Sebagianya, Maka ingin saya berkongsi pesan Allah swt dlm hal ini agar kita sama-sama saling mengingat dan sama-sama muhasabah diri utk berusaha mengikut segala perintah Allah swt dan nescaya Allah pasti akan menjaga kita. InsyaAllah..

Wahai Lelaki Beriman, Tundukkanlah Pandanganmu dan Peliharalah Kemaluanmu Kerana Ia Lebih Suci Buat Kamu Dan Ingatlah Bahawa Allah Sentiasa Melihat Apa Yang Kamu Lakukan

Allah berfirman,"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." (An-Nuur 24:30)

Wahai Wanita Beriman, Tutuplah Auratmu Dgn Sempurna Dengan Menutupi Dada dan Juga Menutup Seluruh Badan Dengan Pakaian Yang Longgar Serta Tidak Berwangi-Wangian. Nescaya Allah Pasti Menyelamatkah Kamu Dari Gangguan Manusia

Allah berfirman,"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya"(An-Nuur 24:31)

Allah berfirman,"Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"(Al-Ahzzab 33:59)

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:“Sesiapapun wanita yang memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, dia adalah penzina.” [Diriwayatkan oleh al-Nasai dan dinilai hasan oleh al-Albani di dalam Shahih Sunan al-Nasai – hadis no: 5141]

Amalan kan doa yang sahih ini, Smg dengan usaha doa, Allah swt akan sentiasa berada bersama muslimah2 solehah, menjaga mereka dan sentiasa memberi perlindungan kepada mereka. InsyaAllah..

doa yang mudah dari hadis sohih:-

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال

بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Blog:www.asyrafdinie.blogspot.com