Saturday, February 19, 2011

Sentiasalah Mensyukuri NikmatNya kerana Kita Sekali-Kali Tidak Mampu Menghitung Nikmat Nya Yang Sangat Banyak

Sentiasalah Mensyukuri NikmatNya kerana Kita Sekali-Kali Tidak Mampu Menghitung Nikmat Nya Yang Sangat Banyak

Allah berfirman:

وَآتَاكُم مِّن كُلِّ مَا سَأَلْتُمُوهُ وَإِن تَعُدُّواْ نِعْمَتَ اللّهِ لاَ تُحْصُوهَا إِنَّ الإِنسَانَ لَظَلُومٌ كَفَّارٌ

"Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)" [Ibrahim 14:34]

Ibnu Kathir menafsirkan ayat ini "Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya" dengan berkata:

يقول: هيأ لكم كل ما تحتاجون إليه في جميع أحوالكم مما تسألونه بحالكم

"Allah ta'ala menjelaskan bahawa Dia telah menyiapkan untuk kamu apa yang kamu perlukan sesuai dengan yang diminta, dan sesuai dengan situasi dan keadaan dimana kamu berada"

Ibnu Kathir menafsirkan ayat ini "Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya" dengan berkata:

يخبر عن عجز العباد عن تعداد النعم فضلا عن القيام بشكرها

"Dengan firman-Nya ini Allah mengabarkan bertapa lemahnya hamba, tidak akan mampu menghitung segala nikmat (yang dilimpahkan kepadanya), apalagi berusaha untuk mensyukurinya"

Dalam Shahih al-Bukhari disebutkan Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam pernah membaca:

اللهم، لك الحمد غير مَكْفِيّ ولا مودَع، ولا مستغنى عنه ربَّنا

"Ya Allah, hanya milik-Mu lah segala puji, aku tidak mengingkari (nikmat-Mu), tidak meninggalkan (untuk mensyukurinya) dan tidak terlepas dari (kenikmatan itu), wahai Rabb kami" [HR al-Bukhari]

Ibnu Kathir menambah lagi dengan membawa satu riwayat atsar berkenaan Nabi Dawud:

وقد روي في الأثر: أن داود، عليه السلام، قال: يارب، كيف أشكرك وشكري لك نعمة منك علي؟ فقال الله تعالى: الآن شكرتني يا داود، أي: حين اعترفت بالتقصير عن أداء شكر النعم.

"Diriwayatkan dalam sebuah atsar bahawasanya Nabi Dawud r.a. berkata: 'Wahai Rabb-ku, bagaimanakah aku harus bersyukur kepada-Mu, sedangkan syukurku itu pun merupakan nikmat dari-Mu kepadaku?' Maka Allah subhanahu wata'ala menjawab, 'Sekarang kamu telah bersyukur kepada-Ku wahai Dawud', maksudnya adalah ketika kamu telah mengaku bertapa lemah nya untuk bersyukur kepada-Ku, itu ertinya kamu telah mensyukuri-Nya"

[Ibnu Kathir, Tafsir Al-Quranul 'Azhim, (5/61-62)]

No comments: