Wednesday, December 17, 2008

Berinfaklah dijalan Allah, pasti Allah akan membalas sehingga 700 kali ganda


Allah berfirman: "Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (Al-Baqarah 2:261)


Ibnu Kathir menafsirkan: "Ini adalah perumpamaan yang dibuat oleh Allah swt tentang pelipatgandaan pahala bagi siapa yang menafkahkan hartanya dijalan Nya, dengan tujuan mencari keredhaan Nya. Dan kebaikan itu dilipatgandakan mulai 10 sampai 700 kali ganda"

Imam Ahmad meriwayatkan dari Ibnu Mas'ud bahawa seorang lelaki menginfakkan dijalan Allah swt seekor unta yang hidungnya telah diberi tali. Maka Rasulullah saw bersabda: "Engkau pasti akan datang pada hari kiamat kelak dengan 700 ekor unta yang hidungnya telah diberi tali" (HR Ahmad (IV/121), Hadis Sahih: Syeikh Syu'aib al-Arna-uth mengatakan "Sanadnya Sahih berdasarkan syarat periwayatan al-Bukhari dan Muslim", Al-Musnad (XXVIII/322, no 17094))

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, ia mengatakan, Rasulullah saw bersabda: "Setiap amal anak Adam itu berlipat ganda, satu kebaikan dilipatgandakan menjadi 10 sampai 700 kali ganda sehingga yang Allah kehendaki, Allah berfirman: 'Kecuali puasa, kerana ia adalah untuk-Ku, dan Aku yang akan terus memberikan pahala atasnya. Ia meninggalkan makanan dan syahwatnya kerana aku', Dan bagi orang yang berpuasa itu terdapat dua kebahagiaan, kebahagiaan ketika berbuka dan kebahagiaan ketika berjumpa Rabb-nya. Dan sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum disisi Allah dari aroma minyak kasturi. Puasa itu adalah perisai, puasa itu adalah perisai" (HR Ahmad (II/443), Muslim (II/807) no 1151)

No comments: