Allah Berfirman: "Dan demikian (pula) di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun" (Fathiir 35:28)
Huraian Terhadap Surah Fathiir ayat 28
Ibnu Kathir menafsirkan ayat "Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama" dengan berkata: "Yakni, yg merasa takut kepadaNya dengan sebenar2 rasa takut hanyalah para Ulama' yg memiliki pengetahuan tentang Dia. Sebab, setiap kali bertambahnya pengetahuan tentang Dia yg Maha Agong, Maka Kuasa dan Maha Mengetahui, maka makin bertambah pula rasa takutnya. Setiap kali pengetahuan dan pemahamannya tentang Allah - Yang disifati dengan sifat sempurna dan diiringi dengan Nama Nama yg baik (Asmaul Husna)-lebih sempurna, maka rasa takut kepadaNya pun lebih agung dan lebih sempurna pula.
Ali bin Abi Thalhah berkata, menuturkan dari ibnu 'Abbas, berkaitan dengan firman Nya, "Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama", Ia berkata. "Iaitu mereka yg mengetahui bahawa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu"
Juga dari Ibnu 'Abbas ra, ia berkata,"Syarat bg seseorg utk dikatakan alim tentang Allah swt Yang Maha Pengasih diantara hamba2Nya adalah, 1)tidak menyekutukanNya dengan sesuatu apa pun,2)manghalalkan apa yg Dia halalkan,3)mengharamkan apa yang Dia haramkan,4)menjaga dan memelihara tuntutan atau wasiatNya, dan,5)meyakini bahawa Dia akan menjumpainya dan menghisab amal perbuatannya"
Sa'id bin Jubair berkata,"Rasa takutlah yg menghalang antara dirimu dengan perbuatan maksiat kepada Allah swt"
Al-Hasan al-basri berkata,"Seorang yg alim adalah yg takut pada Allah swt Yang Maha Rahman meskipun dia tidak melihatNya. Ia menyukai apa yg disukai oleh Allah swt, dan menahan diri dari apa yg dimurkai olehNya".Kemudian Hasan al-Basri membaca ayat ini,"Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun"
Sufyan At-Tsauri meriwayatkan dari Ibnu Hayyan at-Taimi, dari seorg laki2, ia berkata,"Dahulu dikatakan org alim itu terbahagi menjadi tiga bahagian:
1)Org yg alim tentang Allah sekaligus alim tentang perintah-Nya,ialah org yg takut kepada Allah swt dan mengetahui hudud dan kewajipan-kewajipan.
2)Org yg alim tentang Allah tetapi tidak alim tentang perintah-Nya,ialah org yg takut kepada Allah swt tetapi tidak mengetahui hudud dan kewajipan-kewajipan.
3)Org yg alim tentang perintah Allah tetapi tidak alim tentang Allah, ialah org yg mengetahui hudud dan kewajipan-kewajipan tetapi tidak takut kepada Allah swt.
Keutamaan Ilmu dan Org Yg Berilmu (Ulama')
Para Ulama' adalah manusia yg paling layak utk mendapatkan nikmat dan rahmat, dikeranakan upaya mereka (dlm memperjuangkan agama ini).
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad ra, dari Qais bin Katsir, ia berkata,"Seseorg dari penduduk Madinah dtg menemui Abud Darda' ra ketika ia sedang berada diDamaskus.Abud Darda' bertanya,'Apakah gerangan yg membuatmu dtg kemari wahai saudaraku?'Org itu menjwb,'Satu hadis yg telah sampai kepadaku bahawa engkau meriwayatkannya daripada Rasulullah saw'.Abud Darda' bertanya lg, 'Apakah engkau dtg utk berniaga?,'Tidak',jawabnya.'Apakah engkau dtg utk satu keperluan?'.Tanya Abud Darda','Tidak',jawabnya.'Apakah engkau dtg utk mencari hadis ini sahaja?','Ya',jawab org itu. Lalu Abud Darda' ra berkata,
Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa yg menempuh jalan utk mencari ilmu,maka Allah akan memudahkan bgnya jalan menuju syurga.Dan bahawasanya para Malaikat akan membentangkan sayapnya kerana redha dgn org yg mencari ilmu.Bahawasanya sesiapa sahaja dilangit dan dibumi akan memintakan ampun bg org yg berilmu,hingga ikan2 di air.Dengan keutamaan seorg yg berilmu dengan seorg ahli ibadah ialah spt keutamaan bulan dibandingkan dengan seluruh bintang.Dan sesungguhnya para Ulama' adalah pewaris para Nabi,dan sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar atau dirham,melainkan mereka mewariskan ilmu. Barangsiapa yg mengambil bahagian dari ilmu itu,maka ia telah mengambil bahagian yg besar" (HR Abu Dawud no 3641,at-Tirmidzi no 2682, Ibnu Majah no 223, Shahih lihat Shahihul Jaami' no 6297)
No comments:
Post a Comment