Sunday, September 13, 2009

Ingatlah Bahawa Suatu Hari Nanti Akan Datang Pemutus Segala Kenikmatan Iaitu MAUT dan Sentiasa lah Bersedia Untuk Menghadapinya

Ingatlah Bahawa Suatu Hari Nanti Akan Datang Pemutus Segala Kenikmatan Iaitu MAUT dan Sentiasa lah Bersedia Untuk Menghadapinya


Allah Berfirman: "Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan" (Al-Ankabuut 29:57)


Ibnu Kathir menafsirkan ayat ini dengan berkata: "Dimana kalian berada, nescaya kematian akan merenggut kalian,maka tetaplah kalian berada dlm ketaatan terhadap Allah swt dan patuh kepada perintahNya. Itu lebih baik bagi kalian kerana kematian adalah sesuatu yg pasti terjadi, tidak ada yg dapat menghindarinya. Selanjutnya hanya kepada Allah swt lah kalian akan kembali. Barangsiapa yg taat kepada Allah swt, nescaya Dia akan membalasnya dengan balasan yang paling utama. Dia akan memenuhi balasannya dengan pahala yang paling sempurna"

Saturday, September 12, 2009

Berbuatlah Kebaikan Nescaya Kamu Akan Diberi Ganjaran Yg Lebih Baik, Jauhi Kejahatan Kerana Kamu Akan Dibalas Yang Setimpal Dengan Kejahatan Itu

Berbuatlah Kebaikan Nescaya Kamu Akan Diberi Ganjaran Yg Lebih Baik, Jauhi Kejahatan Kerana Kamu Akan Dibalas Yang Setimpal Dengan Kejahatan Itu


Allah Berfirman: "Barangsiapa yang datang dengan (membawa) kebaikan, maka baginya (pahala) yang lebih baik daripada kebaikannya itu; dan barangsiapa yang datang dengan (membawa) kejahatan, maka tidaklah diberi pembalasan kepada orang-orang yang telah mengerjakan kejahatan itu, melainkan (seimbang) dengan apa yang dahulu mereka kerjakan" (Al-Qashash 28:84)

Pada ayat ini: "Barangsiapa yang datang dengan (membawa) kebaikan, maka baginya (pahala) yang lebih baik daripada kebaikannya itu", Ibnu Kathir menafsirkan dengan berkata: "Pada hari kiamat, pahala yang diberikan Allah lebih dari amal baik yg dilakukan oleh seorg manusia. Bagaimana tidak, kerana Allah swt senantiasa melipatgandakan pahala itu dengan sebanyak-banyaknya"

Penyataan diatas berbicara dlm konteks(maqam) keutamaan. Dengan keutamaanNya, maka amal kebaikan manusia dilipatgandakan pahalanya.

Pada ayat ini: "dan barangsiapa yang datang dengan (membawa) kejahatan, maka tidaklah diberi pembalasan kepada orang-orang yang telah mengerjakan kejahatan itu, melainkan (seimbang) dengan apa yang dahulu mereka kerjakan", Ibnu Kathir menafsirkan dengan berkata: "ayat ini memiliki makna yg sama dengan firman Allah swt yg berbunyi, "Dan barang siapa yang membawa kejahatan, maka disungkurkanlah muka mereka ke dalam neraka. Tiadalah kamu dibalasi, melainkan (setimpal) dengan apa yang dahulu kamu kerjakan" (An-Naml 27:90)

Dan disini yg terlihat adalah konteks (maqam) keutamaan dan keadilan. Dengan keutamaan dan keadilanNya, maka amal buruk manusia hanya dibalas dengan pembalasan yg setimpal"

Monday, September 7, 2009

Janganlah Mengikut Hawa Nafsumu, Kerana Tiada Manusia Yg Lebih Sesat Daripada Mereka Yg Mengikuti Hawa Nafsu

Janganlah Mengikut Hawa Nafsumu, Kerana Tiada Manusia Yg Lebih Sesat Daripada Mereka Yg Mengikuti Hawa Nafsu


Allah Berfirman: "Maka jika mereka tidak menjawab (tantanganmu) ketahuilah bahwa sesungguhnya mereka hanyalah mengikuti hawa nafsu mereka (belaka). Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti hawa nafsunya dengan tidak mendapat petunjuk dari Allah sedikitpun. Sesung- guhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim" (Al-Qashash 28:50)